Rabu, 25 September 2013

Notis Pemberitahuan mengenai Pertandingan Hadrah sempena Keputeraan KDYMM yang ke-67

Assalamu'alaikum,

Dengan ini dimaklumkan bahawa peringkat saringan bagi perkara di atas telah ditiadakan oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaupun begitu, peringkat akhir masih diadakan dan akan diteruskan insya Allah pada 5hb Oktober 2013. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian. Selain itu, pihak pengacara serta pihak penganjur turut memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul disebabkan perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 24 September 2013

Poster Kelab Hadrah UBD untuk Minggu ke-8

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :D



Pendaftaran maseh dibukakan! Jom berhadrah ;)

Di samping itu Kelab Hadrah UBD bergabung dengan Pelita Emas Event Management akan menganjurkan Pertandingan Hadrah sempena Hari Keputeraan KDYMM yang ke-67.


 Tarikh tutup menghantar borang penyertaan adalah pada hari Rabu (25/9).
Manakala peringkat saringan akan diadakan pada hari Juma'at (27/9).
Jom datang beramai-ramai!

Jumaat, 20 September 2013

Kelab Hadrah UBD 2013


Assalamualaikum,
Kepada mahasiswa dan mahasiswi UBD yang ingin mengikuti kelab hadrah, PENDAFTARAN masih dibukakan..Suka bergandang atau pun memukul sesuatu, Tidak tahu bagaimana hendak bermain atau menggunakan tar, curious kenapa bunyi atau rentak hadrah begitu sedap didengar maka joinlah kami..segala pembelajaran akan diajarkan waktu ECA nanti..Mengenai peralatan hadrah, kami ada menyediakan tar so dont worry be happy and enjoy.. 

Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-67 tahun























Assalamualaikum,

Kelab Hadrah Universiti Brunei Darussalam berdoa kepada Allah Subhanallah Wata'ala agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia baginda dan sentiasa dalam perlindungan Allah Subhanallah Wata'ala. Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.

Majlis Konvokesyen ke 25 UBD 2013


Assalamualaikum,

Kelab hadrah Universiti Brunei Darussalam ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada semua graduan-graduan ubd 2013 yang telah menamatkan pengajian mereka di Universiti Brunei Darussalam dan kursus juga kepada ahli-ahli kelab hadrah yang telah graduate pada tahun ini. 

Isnin, 19 Ogos 2013

Sambutan Hari Raya AidilFitri


Assalamualaikum,

Makluman kepada ahli-ahli kelab hadrah bahawa pada minggu ini iaitu hari Rabu, 21 Ogos 2013 akan mengadakan sambutan Hari Raya AidilFitri bertempat di staff Common Room (1.89,FASS). Ahli-ahli kelab hadrah adalah dialu-alukan untuk membawa kuih muih dan sebagai. Kepada mahasiswa dan mahasisiwi yang ingin menyertai kelab hadrah, PENDAFTARAN MASIH DIBUKAKAN.

JUMPA ANDA DISANA.......:)



Selasa, 13 Ogos 2013

Kelab Hadrah UBD

Assalamualaikum,

Kepada mahasiswa dan mahasiswi University Brunei Darussalam bahawa besok iaitu 14hb Ogos 2013 akan mengadakan satu perjumpaan untuk sesi perkenalan dan sebagainya bagi ahli-ahli baru pada jam 2 ptg bertempat d.CLT.UBD. Bagi mahasiswa dan mahasiswi yang berkeinginan untuk mengikuti kelab hadrah JANGAN INGAU!! kerana pendaftaran masih dibukakan. Pendaftaran akan dibukakan mulai esok.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI:)

Sebarang pertanyaan atau kemushkilan hendaklah menghubungi number yang tertera diatas...


Selasa, 19 Mac 2013


Assalamualaikum

    Ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli kelab hadrah Universiti Brunei Darussalam ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua masyarakat islam di seluruh negara terutama Negara Brunei Darussalam. Memohon maaf sekiranya ada admin post yang kurang elok atau perkataan yang menyinggung perasaan biskita yang tersembunyi atau tidak atau kesalahan-kesalahan yang admin telah lakukan agar dimaafkan.

Langit tidak selalu cerah,
Musim selalu berganti,
Kadang Hujan,
Kadang panas,
Begitu juga sifat dan percakapan manusia,
Kadang menyenangkan,
Kadang menyakitkan,
Kami memohon maaf atas segala kesalahan.

Sekali lagi kami mengucapkan,

                   SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN :)